Pensyarah Kanan, UiTM Kedah mazz62@yahoo. com
Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim Nai Long Ahmad
bertajuk
"Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi" yang disiarkan oleh akhbar ini
(Utusan Malaysia) pada 13 Februari 2007 adalah dirujuk.
Tulisan tuan ada banyak kebenarannya dan saya berpendapat masih ada lagi maklumat yang tersimpan dan tidak ingin didedahkan walaupun Malaysia akan menyambut 50 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2007. Sebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju ke arah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini ada kebenarannya. .
Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam.
Sebelum ini kita semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai @ puak Thai) yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnyaberjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767, di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya. Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan?
Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam
erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha.
Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai danbahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini.
Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturu! nan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthiadahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu.
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun2003/04. Di antaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, kain.Sebagai contoh, di dalam buku Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor,
"Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga". (ms 34)
"Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja di benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan". (ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut. Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor, "Maka pada
Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam".
Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350, pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, di mana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser (Mahawangsa) , cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa)
Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara. Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar SyahI (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh. Makam Tok Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud, jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah Shahadah pada nisan nya di Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal, Kulim,Kedah.
Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelbagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang.Contoh dua meriam yang dijumpai di dalam sungai dan telah dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah. Generasi kedua Kesultanan Negara Kedah ialah Po Disut @ SayyidinaJamalull Alam BadrulMunir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi ketiga ialahayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir @ SultanAlirah Shah Perlak (bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh AbdulKadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh 291H (903 M). Kesemua mereka adalah pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah dahulu).
Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma. Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu
Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau.
Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja mengalahkan KerajaanTenangsari (Burma) yang menyerang Kedah sekaligus menguasainya. Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai KedahPasai Ma.Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada di bawah kawalannya. Sebab itulah bilamencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerananama mereka jugatersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !.
Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar. Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar Panglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda
melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah di sana. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang Balai Besar) Alor Star bergelar Sultan Jaafar Madzam Syah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876, disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di
belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk mengkaji maklumat ini.
Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip ,syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll. Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka berpakat denganThai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama saja. Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam, menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah,emas,rempah ratus dll.
Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia ketika merdeka. Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja. Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu selama 417 tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain.
Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia, seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan menyiksa dengan kejam. Akhirnya ramai kerabat dan rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi 'Korban Musuh Bisik' dalam tahun 1821. Setelah usaha ini selesai mereka mengubah sistem pendidikan mereka, rakyat siam hanya boleh belajar bahasa Thai sahaja,dll,
sehingga apabila selesai dinamakan negara mereka,Thailand. Semua ini berlaku kerana Raja Chakri Sukhothai benci bangsa Siam ini ujud lebih dahulu daripada Thai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767.
Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17, mungkin lebih) milik Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasuk di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah Shah,
Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam). Seorang saksi yang tinggal berdekatan, berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan lagi 3 bilik dibawah tanah ditapak istana Bukit Choras yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu. Di
setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik kita pada hari ini. Syukurlah orang Melayu masih tetap berpegang kepada Islam. Sekarang saya harap saudara/i mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Siam itu). Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah, berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat di m.s.15.
Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 tahun, marilah kita
sama-sama mencari kembali permata yang telah hilang itu.
Mazlan Abdul Majid
Pensyarah Kanan
UiTM Kedah
************ ********* *****
Utusan Malaysia 13 Feb 2007
Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi?
KENYATAAN Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam Hong baru-baru ini yang menyarankan agar mengkaji semula sejarah kedatangan Islam di Nusantara, adalah dirujuk.
Saya selaku waris mutlak kesultanan Sultan Jaafar Muadzam Shah, pemerintah benua Siam Islam membantu untuk menjelaskan kedudukan sebenar atau realiti sejarah.
Kewujudan Kedah memang terbukti sejak tahun 222 Hijrah bersamaan 812 Masihi seperti tercatat dalam tulisan jawi (rujuk lampiran 65 bertulisan jawi Undang-Undang Kedah Transliterasi Teks, penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005). Di sini ternyata kewujudan Kedah bukan tahun 1136 Masihi seperti diuar-uarkan oleh ahli sejarah Kedah Darul Aman.
Boleh dikatakan banyak nama tempat atau negara adalah berasal daripada perkataan Siam. Ini disebabkan negara-negara berkenaan memang berasal dari benua Siam Kedah Kheang Tesh.
Negara Filipina misalnya, kewujudan negara tersebut adalah pada tahun 1758 masihi. Ia didirikan dan diperintah oleh Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang digelar Boromoraja V Ekataat Cau Phaya Sharif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Baginda bersemayam di Ayuthia (Thailand).
Putera baginda bergelar Cau Phaya Kersan bermakna Cau = Tuanku, Phaya = Maharaja, Kersan = Yang Ke-II. Nama sebenar ialah Koya Long Sultan Muzaffar Shah. Semasa menjadi raja di Kemboja, baginda digelar Pho Chan iaitu Putera Lelaki Beta.
Pada tahun 1976 Masihi semasa baginda bersemayam di Kota Ayuthia Cempaka Sari, Kemboja, baginda diusir oleh tentera raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai. Aluang Phraya berasal dari India dan mereka menubuhkan kerajaan di Luang Phrabang Benua Siam pada tahun 1736 Masihi. Apabila diusir, Koya Long kembali ke Brahman Indera (Balai Besar), Alor Star.
Para pegawai Koya Long ditempatkan di Pulau Langkawi dan sempena penempatan itu maka tempat itu dinamakan Kampung Kamboja. Tenteranya pula ditempatkan di Bendang Raja Mukim Rambai Pendang, Kedah.
Pada 1758, baginda berpindah ke Kuala Kangsar, Perak lalu membina sebuah Ayuthia dari kayu dan buluh, sesudah itu baginda membina kota Bukit Gantang dan menempatkan istana di dalam kota tersebut.
Kini kota tersebut dikenali dengan nama Kota Long Jaafar. Long Jaafar ialah cucu Koya Long. Long Jaafar ialah Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Putera Koya Long yang bernama Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ialah ayahanda kepada Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak.
Syed Alang Alauddin bersemayam di Ayuthia Ban Nai Lang dalam kawasan Na Thawi, Songkhla Thailand. Perkataan Songkhla bermakna hantar benih. Hantar benih di sini bermaksud Raja Maha Besar benua Siam Sharif Shah menghantar keturunannya untuk menjadi raja di Songkhla.
- NAI LONG KASIM IBNI NAI LONG AHMAD,
Langgar, Kedah.
3 ulasan:
Pendedahan yang dibuat oleh TNL Kasim ibni TNL Ahmad itu telah menjawab beberapa kemusykilan saya sendiri.
Pada tahun awal 70an dan sebelumnya di daerah kami dan amnya di Kawasan timur negeri Kedah , Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, sebahagian Kota Setar,Pendang Sik dan Baling sebahagian besar daripada mereka berbahasa Siam Kedah termasuk keluarga saya sendiri, sehingga sekarang kami masih bertutur dalam bahasa tersebut sesama kami.
kecuali anak muda agak kurang bertutur dalam bahasa tersebut kerana mereka terpengaruh dengan didikan di sekolah dan ibubapa pun tidak berusaha mengekalkan budaya tersebut.
walaupun berbahasa Siam Kedah tetapi mereka ini tiada masalah mengenai pembacaan al.Quran,
Cerita TNL Kasim memang terdapat banyak kebenarannya.
Wassalam.
Alaupaya pengasas dinasti Kombaung di Burma bukannya kerajaan Sukhotai. kerajaan Sukhotai telahpun wujud sebelum kerajaan Ayuthia. Setelah kejatuhan kerajaan Sukhotai maka wujud pula kerajaan Ayuthia sehingga dikalahkan oleh pengasas dinasti Kombaung dari Burma. Namun penguasaan dinasti kombaung ke atas Ayuthia tidak bertahan lama sehingga dikalahkan oleh Pya Taksin. Pya Taksin tidak mempunyai keturunan sehungga dihukum bunuh oleh pembesarnya sendiri dan digantikan oleh Rama 1 iaitu pengasas dinasti Chakri yang berkuasa sehungga kini.Cuba dapatkan keselarian dari segi keselarian dalam kesahan.
Alaupaya pengasas dinasti Kombaung di Burma bukannya kerajaan Sukhotai. kerajaan Sukhotai telahpun wujud sebelum kerajaan Ayuthia. Setelah kejatuhan kerajaan Sukhotai maka wujud pula kerajaan Ayuthia sehingga dikalahkan oleh pengasas dinasti Kombaung dari Burma. Namun penguasaan dinasti kombaung ke atas Ayuthia tidak bertahan lama sehingga dikalahkan oleh Pya Taksin. Pya Taksin tidak mempunyai keturunan sehungga dihukum bunuh oleh pembesarnya sendiri dan digantikan oleh Rama 1 iaitu pengasas dinasti Chakri yang berkuasa sehungga kini.Cuba dapatkan keselarian dari segi keselarian dalam kesahan.
Catat Ulasan