Rabu, 11 Februari 2009

Perbahasan Tentang Karya Klang kio


Terima kasih kepada abang Ramli (Arkrab) membuka pintu perbahasan tentang klang kio ni.

Di dalam rupadiawan.blogspot.com selain artikel yang saya kumpul, saya juga ada ada menulis tentang ciri-ciri artwork saya berdasarkan artikel tersebut.

Ada lebih kurang 27 artikel di dalam blogspot ini. Kalau tak berminat tentunya payah sikit nak membacanya. Namun jika hendak membahaskan artwork saya, artikel-artikel tersebut perlu dibaca.

Ini kerana artwork klang kio ini saya hasilkan melalui pencarian saya melalui artikel yang saya kumpul dan baca tersebut.

  • di dalam blog rupadiawan.blogspot.com ini saya ada menyenaraikan lebih kurang 27 artikel tentang klang kio . Melalui artikel itu saya mencirikan artwork saya.

  • Melalui karangan Tun sri lanang, dinyatakan yang kota itu diperbuat daripada batu hitam. Oleh itu saya menggunakan latar gelap yang menunjukkan kota tersebut. hitam itu juga dekat dengan unsur misterinya.

  • yang memperlihatkan kota hanyalah lubang-lubang disebalik latar yang hitam. Ini saya rumuskan melalui satu artikel temubual seorang tok batin orang asli yang menyatakan ia pernah melihat lubang-lubang seperti pintu dan tingkap pada batu hitam. ia melihatnya pada tahun 30 an sebelum tenggelam di dalam empangan linggiu milik pub singapura.

  • kota tersebut saya perlihatkan dalam bentuk 'close-up' yang tidak terlalu kelihatan imejnya kerana ianya pun tidak jelas bentuknya. Saya tidak berani menstrukturkan bentuknya kerana saya tidak pernah lihat rupabentuknya.

  • melalui artikel yang saya kumpul tersebut. ada yang mengandaikan yang kota tersebut telah tenggelam dalam empangan linggiu.

  • keluasan kota itu dianggarkan seluas 2000 hektar. Untuk menunjukkan ia TENGGELAM didalam air saya memilih subjek ikan untuk melambangkan kewujudan kota itu di dalam air secara misteri.

  • subjek kota yang hitam itu saya serikan dengan subjek ikan (masih difikirkan ikan apa) yang berbeza jalinannya.

  • saya tidak melukis kota itu secara jelas kerana kota itu saya dekatkan (close-up). akar-akar itu juga untuk menunjukkan yang kota itu tenggelam di dalam air. selain kesan jalinannya yang juga berbeza.

  • saya juga tidak fikir yang kota itu tenggelam dalam lumpur. ini kerana air yang ditakung diempangan linggiu itu adalah sekatan sungai, bukit, dan lembah. saya tidak pasti berapa dalamnya. namun saya percaya kedalamannya lebih 200 meter berdasarkan kedalaman empangan ulu juaseh yang saya tahu.

  • oleh itu ikan dan akar tesebut hanya perlambangan tenggelamnya sebuah kota di dalam air.

1 ulasan:

Jouhar Fahmi berkata...

Saya rasa sebenarnya klang kio ialah bandar kelang skrg.
Hanya kelang saja yg ada dicatat di catatan luar spt nagakertagama, funan.. Dan di kelang pernah jg dijumpai loceng gangsa, tulang mwas dan.perbagai artifek lain..
clue asal, sudah mmg tertera nama kelang itu lah kerajaan kelang kio.
Maklumat dr sejarah melayu, lokasi dihulu sg. Johor bknlah pelik krn mungkin 1000 tahun lalu, dan keluasan kerajaan.kelang kio itu, hingga sampai ke johor.