Daripada bahan rujukan yang saya perolehi, segala maklumat itu saya adaptasikan dalam bentuk lukisan. Berikut adalah antara ciri-cirinya.
- Dari karangan Tun Sri Lanang ada menyatakan kota ini adalah kota batu hitam. oleh itu latarnya pastinya gelap.
- Dari temuramah seorang wartawan dengan Tok Batin Orang Asli yang pernah menemui kota tupada tahun 30'an. Tok batin tu menyatakan yang dia nampak kota batu hitam tu ada lubang seperti pintu dan tingkap. Oleh itu karya ni mesti ada lubang pintu dan tingkap.
- Dijangkakan yang kota ini dah tenggelam di dalam empangan Linggiu yang sekarang ni milik PUB Singapura. Oleh itu karya ini juga perlulah ada kehidupan air seperti ikan, akar-akar yang melambangkan ianya dalam air.
- Telah dijumpai tembikar purba yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kota lama ini. Di karya ini juga perlulah ada tembikar yang menunjukkan adanya tamadun di situ.
- Tun Seri Lanang juga menceritakan tentang peperangan antara kerajaan Linggiu ( Klang Kio) ini dengan kerajaan India. Oleh itu tentunya ada senjata-senjata lama yang boleh dikaitkan dengannya. Contohnya keris dan tombak yang memang dipercayai telah lama wujud. Keris juga merupakan hak cipta tamadun Melayu yang tidak boleh dinafikan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan