Rabu, 29 Oktober 2008

habitat-consolidated

karya seni ini saya namakan siri 'Umpama Melihat Rupa di Awanan'. kekadang apabila kita merenung ke langit, kita akan melihat beberapa rupa dan kekadang boleh mencipta cerita.

Begitulah dengan beberapa siri karya ini. Dengan teknik simbahan turpetin yang mencairkan cat minyak membentuk beberapa rupa yang tidak disengajakan.

ikan-ikan tu bentuknya sebegitu kerana itulah yang saya nampak ketika simbahan turpetin mencairkan cat minyak.

Untuk menimbulkan imej, saya gelapkan latar belakangnya.