Diulas oleh Yusof Gajah pada 7.04 pagi 14hb April
History is the version of past events that people have decided to agree upon.
Diulas oleh Zubin Mohamad pada 5.20 ptg 21hb April
Dejavu, I tot Pak Yusof already said this, or I am reading the same thing.
Kenapa perlu takut, sememangnya Melayu sebelum Parameswara memeluk islam adalah bukan beragama Islam, tetapi beragama Hindu-Buddha. Apalagi kerajaan-kerajaan lain. Itu tidak bermakna yang ianya bukan milik kita dan sejarah kita.
Untuk menjadi bangsa yang besar kita seharusnya menerima hakikat sejarah kita. Sejarah yang kita bina setelah penjajahan pun bukannya betul sangat, banyak yang telah diubah, pendekkata sejarah itu dibuat dan ditulis oleh orang yang memerintah.
Diulas oleh Norazlan Ahmad pada 9.42 ptg 21hb April
perak man yang ditemui berusia 10000-11000 tahun lampau. tertanya-tanya juga, tak pernah ke tauhid tu wujud di tanah melayu pada masa tu.
ada yang menyatakan islam tu telah datang ke alam melayu pada tahun 800 masihi.
Sebelum Islam datang tidak mustahil wujudnya zaman jahiliah seperti mana dunia arab juga... Baca Seterusnya
Hamka mengemukakan pandangannya mengenai kewujudan agama Hindu di rantau ini.
Menurut beliau kerajaan Hindu tua telah dijangka wujud kira-kira tahun 400 masehi iaitu dua abad sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW, kerajaan tersebut bertapak di Kalimantan Timur iaitu di Kutai, di mana telah ditemui batu tercatat mengenai raja bernama Mulawarman dan huruf pada batu itu adalah bertulisan Pallawa yang menjelaskan ada hubungan kerajaan ini dengan kerajaan di India Selatan.
namun begitu tertanya-tanya juga sebelum 400 masihi tahun hindu-buddha wujud di alam melayu, apakah tidak wujud tauhid agama samawi.
Kita wajib percaya nabi-nabi sebelum nabi Muhammad (s.a.w). Islam hari ini adalah adalah kesinambungan agama-agama samawi ( agama tauhid ) yang di sampaikan oleh nabi-nabi sebelumnya.
Hindu/buddha wujud disebabkan wujudnya zaman jahiliah yang dekat dengan kepecayaan dengan animisme.
Tercatat dalam sejarah, berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman.
Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM pada zaman Nabi Sulaiman yang diperintah oleh Ratu Balqis).
Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab.
Oleh itu apalah hebatnya tamadun hindu/buddha yang sekejab wujud pada tahun 400 masihi sehinggalah 800 masihi para tabi'in membawa kembali sinar Islam ke tanah melayu.
Inilah kajian sejarah yang perlu dikaji.Ada yang mengatakan orang melayu susur galurnya dari nabi Ismail (a.s). Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan