- Hari ini saya mendapat satu komen terhadap satu artikel tentang klang kio. Mungkin saya patut betulkan ejaannya kepada Khlangkeo.
Sebenarnya selain daripada minat saya terhadap seni lukis. Saya juga berharap yang lukisan-lukisan saya akan membantu sedikit sebanyak masyarakat berfikir tentang Khlangkeo ini.
Jika benar kerajaan Khlangkeo adalah sebuah kerajaan Islam, bukan kerajaan Hindu yang sebagaimana saya dan ramai lagi fikirkan. Ini adalah sesuatu yang perlu dicari kebenarannya dan didedahkan kebenaran tersebut.
Semalam saya sempat ke Galeri Seni Johor untuk perasmian pameran seni khat. Di situ saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang penyelidik dari Yayasan Warisan Johor, Dr. rs. Kamaruddin. Beliau mengatakan yang penyelidikannya selama sebulan lebih di tempat tersebut tidak menemui apa-apa.
Apabila saya menanyakan, adakah kemungkinan yang kota tersebut tenggelam di Empangan Linggiu. Beliau menafikannya. Menurutnya sebelum empangan tersebut dibuat, segala kajian tentang kawasan tersebut telah dibuat dan tidak menemuinya. Namun saya percaya jika melihat kepada keupayaan ketika itu tentunya penyelidikan itu tidak menyeluruh.
Di bahagian lain otak saya berfikir dan menaruh syak wassangka. Tentunya ada sesuatu yang tidak kena. Terutamanya apabila empangan tersebut menjadi kepunyaan Singapura.
Berikut adalah komentar yang diberi oleh mosar39. Jika mosar39 tidak keberatan sila email saya di relief_painting@yahoo.com.my
- mosar39 berkata...
- Saya dah jumpa bukti kewujudan Gelanggi/ Khlangkeo/ Linggiu dan tempatnya di Ulu Sg Johor...tetapi kota tersebut telah dirobohkan pada tahun 1940-an oleh golongan tertentu dgn tujuan utk menutup bukti kewujudan kerajaan Siam Islam pertama pada tahun 900-an yang selari dengan kewujudan candi di Lembah Bujang yg sebenarnya adalah Masjid...ini semua merentas kepada golongan tertentu...untuk menghapuskan bukti Islam dah lama bertapak di Tanah Melayu...Belum masnaya didedahkan....boleh dikesan artifak yg banyak menggunakan metal detector...Walhal negeri tanah Melayu dan Indonesia Islam telah wujud pada 200-300 sebelum masihi...atas arahan Iskandar Zulkarnain.