ini adalah artwork lama saya... saya hasilkannya pada tahun 2006. Pada saya ianya terlalu sarat. Saya cuba timbulkan penegasan dan kontra melalui saiz periuk kera dan dahan yang besar. kepelbagaian saiz periuk kera tetap gagal mewujudkan ruang kedalaman mungkin kerana warnanya yang monokrom. Sewaktu ini kekuatan isi atau 'content' bukan keutamaan. Artwork ini lebih kepada kajian saya tentang ekperiment dan eksplorasi media yang saya namakan sebagai KAYULIAT ini.
http://www.facebook.com/no
Pada ketika ini saya mengkaji karya-karya LORENZO GHIBERTI
http://www.google.com/imag
http://en.wikipedia.org/wi
Kemudian saya tertarik dengan karya arca relief cubist JACQUES LIPCHITZ
http://en.wikipedia.org/wi
http://www.tate.org.uk/ser
walaupun saya mengkaji karya mereka namun perbezaan saya ialah saya tetap menggunakan bahan yang saya ekplore iaitu kayuliat
http://kayuliat.blogspot.c
Karya-karya terbaru saya kini lebih minimalist dan kajian subject matter serta content karya saya lebih kepada perihal budaya dan tamadun melayu melalui warisan kesenian melayu seperti penulisan manuskrip melayu salatus salatin dan motif-motif seni ukiran, kuih muih, anyaman, ukiran, kelarai dan pelbagai lagi.
malah kini saya lebih terpengaruh dengan kajian falsafah kesenian melayu terutamanya melalui penulisan NAKULA (Abdullah bin muhamed )
http://www.facebook.com/no
Sekarang saya percaya yang karya seni perlu menjadi pengantara dan pencetus penyampaian mesej antara pengkarya dan audien... oleh itu karya tidak seharusnya hanya menekankan nilai-nilai keindahan semata-mata sebaliknya juga menjadi pencetus idea tentang penyampaian kecintaan dan kesedaran sesuatu nilai hidup yang murni. Dalam konteks karya saya kini ialah penyampaian nilai-nilai kesedaran tentang budaya dan kesenian melayu yang berteraskan islam.
Oleh itu juga saya menolak yang pengkarya harus terus membisu dan hanya membiar karya bercerita sendiri. Pada saya audien seni perlu dididik untuk bertutur dalam laras seni dan berkongsi apresiasi tersurat dan tersirat 'content' atau isi seni yang terkandung dalam sesuatu karya. Maka untuk itu pengkarya perlu bercakap dan berkongsi
Got to have Yusof and Raflee Ghanis comment though.
apa2 pun i tabik u bro...
arah ke mana maksud tuan....sekiranya hanya sekadar material / duit memang tak ke mana. rezeki itu milik Allah, kita berusaha sahaja.
sekiranya dengan tujuan akademik, ajakan berfikir untuk manfaat manusia, pada saya inilah tujuannya. oleh sebab itulah kebanyakan karya yang dihasilkan berlandaskan kajian-kajian tertentu untuk menyampaikan interpretasi karyanya.
pada saya seseorang yang ingin memberi pandangan tentang sesuatu karya, penghayatannya tentang subjek/diskripsi, formalistik / unsur seni dan prinsip rekaan, serta interpretasi sesuatu karya itu perlulah sekurang-kurang tahu, walaupun tidak faham atau menjadi pengamalnya.
Bagi orang barat/atheis mereka lebih mengutamakan falsafah dalam kehidupan. Tetapi kita menolaknya kerana ugama lebih menyumbang kepada reality bukan falsafah yang hanya membawa kepada perdebatan yang tida penghujung.
Di sini pelukis ini ingin mengingatkan kita kepada peranan sejarah dalam kehidupan di Nusantara. Kalau kita lupa kepada sejarah ia akan beulang kembali dan kita terpaksa berhadapan dengan risikonya.
Inilah arah tuju karya ini walaupun berbentuk
abstract kerana hendak menarik perhatian kita supaya berfikir dengan dalam.
Usah diperkecilkan karya anakseni wahai kawan kerana kita tidak boleh mengekang kehidupan kita dari seni. Lihatlah rekabentuk industri, seni bena, seni komunikasi dan sebagainya yang kita gunakan setiap hari. semunya dihasilkan oleh manusia yang berjiwa seni.
Dari itu marilah kita menyokong dengan berkunjung ramai ramai serta membeli karya karya yang dipamerkan di JB itu demi untuk menyuburkan aktiviti anak seni tempatan dari selatan. Ingatlah, kita ini sedang bersaing sengit dengan kehidupan dari seberang Teberau sana.
Dengan izin Allah SWT menang atau kalahnya kita, terletak kepada sejauhmana niat, adab, pengorbanan dan tangisan malam kita sendiri.
Semuga berjaya pengiat seni di selatan tanah air!
Semuga Allah tambahkan ilmu kita, Ameeen!
jika kajian dari segi bahan, sememangnya telah lama bermula dari tahun 2002 hingga kini. masih belum berhenti.
kajian dari segi formalistik, masih juga dilakukan. apatah lagi ini adalah karya untuk tahun 2010. kajiannya mungkin fokus kepada unsur garisan dan jalinan yang menunjukkan perasaan .tentang warna juga sedang difikirkan. sememangnya ada dorongan
sesuatu yang perlu diketahui yang karya ini adalah catan relief. oleh itu ianya adalah gabungan prinsip catan dan juga arca yang perlu saya kaji dan dalami. banyak lagi yang perlu dipelajari buat orang baru seperti saya.
dari segi 'subjek matter'. kajian masih perlu diteruskan. hasratnya ialah motif-motif dari ribuan pulau di indonesia, semenanjung tanah melayu,patani, campa, borneo, brunei, dan sulu. semalam saja baru berbual dengan warga acheh, bercerita tentang rencong dan motif-motif yang ada pada songkoknya.
Dari segi interpretasi, saya masih mengkaji dan mengumpul maklumat, memahami segalanya dari segi budaya, semangat, perjuangan isu-isu semasa berkaitan dengan sejauh mana budaya atau jati diri nusantara itu dipinggir dan diketepikan akibat saingan modenisasi dan globalisasi. perkara ini yang akan menjadi perbahasan antara saya dengan orang ramai yang dihubungkan oleh kiarya saya ini.
Dari segi apresiasi sesuatu karya saya in,i terpulanglah kepada khalayak untuk melakukannya. sama ada dari segi formalistik sahaja, atau berkaitan diskripsinya sahaja atau interpretasi yang saya ingin sampaikan atau membuat interpretasinya sendiri.atau ketiga-tiganya
Dari segi nilai artistik karya ini, seboleh mungkin akan saya perkuatkan kajian formalistik dan diskripsinya
dari segi nilai estetik, terpulang kepada setiap individu, bagaimana ia mahu menikmati. pada saya nilai estetik ini berbeza mengikut tahap masing-masing. jika fokusnya hanya pada dikripsi. maka bahan dan subjeknya menjadi penilaiannya. jika fokusnya kepada formalistik, maka unsur-unsur seni dan prinsip rekaan menjadi penilaiannya. jika fokusnya pada interpretasi maka isi kandungan dan mesej menjadi penilaiannya.
Lebih menarik lagi sekiranya diskripsi, formalistik dan interpretasi sesuatu karya itu dinikmati bersama sebagai satu yang di sebut sebagai 'organic unity'
banyak yang kurang lagi. masih banyak yang saya perlu kaji dan belajar dari en. shukor, en. arham dan rakan pelukis yang lain. maklumlah saya ini masih baru.
harap rakan-rakan pelukis akan membantu saya untuk membaiki kelemahan yang ada.
Di sini kita telahi diajukan dengan beberapa pesoalan serta penerangan yang telah diluahkan dari pelukis nya.
Tiada daya atau berupaya bagi saya untuk mengajar kerana saya juga masih belajar selama ini. Namun ingin secara serius saya berharap agar dapatan dari kajian ini dapat dimenafaatkan oleh kita bersama. Insya'Allah.
Razlan Adnan dalam blognya (www.razlanadan.blogspot.c
"Ideas..Work of Art..I'm not sure how important my work is supposed to be..but I DO IT." dan seterunya.
Tetapi Bagi Norazlan dia berkarya untuk dijadikan bahan kajian untuk diri dan orang di sekelilingnya.
Walaupun berbeza haluan namun, kedua dua artists mempunyai persamaan, iaitu mereka berani, rajin, kreatif dan sentiasa mahu menambah nilai dalam sumbangan mereka untuk kebaikkan manusia.
Generasi muda beginilah yang patutt di ikuti. Ini lebih baik daripada merempit malam tadi. kalau accident kan parah. Nasib tak baik munkin hidup dalam kecacatan sampai tua..
Teuskanlah berkarya wahai teman teman ku sekelian!