Sabtu, 8 Oktober 2011

by Norazlan Ahmad on Monday, 03 October 2011 at 13:23
Secara jujur saya mengatakan yang saya sememangnya sedang mencari kekuatan saya dalam berkarya. Nilai mana yang hendak diikuti. Barat atau Islam. Namun setelah saya membuat kajian untuk kajian subjek karya saya yang berjudul bingkisan dan jeritan nusantara, ia sedikit sebanyak membantu saya menemui apa yang saya cari selama ini.

Falsafah kesenian barat sememangnya luas dan diagung-agung oleh khalayak seni dunia. Saya sering berfikir secara kritis apakah di alam Melayu sememangnya rendah mutu keseniannya berbanding kesenian barat ataupun China. Sekitar tahun 20an, pelukis China membawa pengaruh seninya di tanah air. Maka lahirlah pelukis cat air Melayu yang dikatakan pertama Abdullah Arif.

Kembali saya kepada falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu. Mengapa motif-motif ukiran kayu, batik, mahupun motif-motif yang terdapat di barangan kegunaan harian seperti labu sayong misalnya seperti mempunyai perkaitan nilai antaranya. Kebolehan orang Melayu memujaratkan subjek alam itu mengagumkan saya. Adakah mereka tidak pandai melukis realist. Mustahil kerana mereka meniru dan mengubah suai motif-motif tersebut dengan sungguh halus dan teliti.

Semasa membuat kajian ini saya menemui penulisan Abdullah b. Muhammed  ( Nakula ) yang memperkatakan tentang falsafah kesenian dalam pemikiran Melayu yang dikaitkannya dengan mengapa motif-motif ukiran kayu, batik dan lainnya sebegitu rupa. Jawapannya ialah bukan kerana mereka tidak boleh melukis realist di kain-kain batik atau mengukir juga realis di atas kayu tetapi kerana pegangan mereka yang kuat terhadap Islam.

Selepas ini semakin kuat hasrat saya untuk memberi sentuhan islamik dalam karya saya. Insyaallah.
· · · Share · Delete


    • Mohd Azhar tgk blk falsafah ukiran kayu tradisional....
      03 October at 13:37 · · 1 person

    • Fai Zakaria All the best En Lan. =)
      03 October at 15:37 · · 1 person

    • Zainal Abidin Musa Seni ukiran kayu dengan pegangan kuat terhadap Islam...kalau di teliti banyak motif-motif pada ukiran kayu melayu mempunyai motif dan unsur dari hindu dan budha kalau tak silap saya motif langkasuka. Banyak terdapat dalam masjid pada mimbar dan dindingnya.
      03 October at 16:53 ·

    • Hasren Bin Hj Ismail
      kebetulan Uneh sedang membaca buku berjudul "Kewartawanan Islam: Dicabar, Tercabar, Mencabar" oleh H.M. Tuah Iskandar. Mungkin tidak menjurus secara langsung kepada hal yang Norazlan Ahmad (Cikgu Lan) tetapi seperti dirasakan Uneh ada sedikit kaitan.
      di antara bab yang terkandung adalah Sejarah Media Islam Tanahair (Bab 3), Pembaratan Media Islam (Bab 4), Formula Penulisan Islam (Bab 15), Kod Etika Wartawan Islam (Bab 16) dan Peringatan Al-Quran Terhadap Penulis (Bab 17).
      sedikit petikan di dalam buku menerusi Empat Unsur Kewartawanan Islam (Bab14). "Secara umum, kerjaya kewartawanan dalam Islam terdiri daripada empat unsur. Salah satu daripada unsur-unsur itu adalah diri wartawanitu sendiri, manakala yang tiga lagi adalah unsur-unsur yang mempengaruhi kerjayanya. Unsur pertama itu adalah unsur terpenting yang WAJIB ada pada diri seorang wartwan Islam. Unsur-unsur itu ialah:
      14.1 Memiliki sifat kehambaan
      14.2 Pemerhati dan pemikir
      14.3 Jiwa pendakwah
      14.4 Penyuluh diri dan suasana."
      Uneh cuba kaitkan dengan diri sebagai seorang pengiat seni. jika berjaya menerapkan ciri-ciri ini terhadap karya atau apa sahaja persembahan seni bagi Uneh ini lebih berfaedah dan mendalam lagi nilainya.
      apa pun sejahtera dan selamat maju jaya kepada Cikgu Lan.

      03 October at 18:56 · · 1 person

    • Mohd Azhar tumbuh sepunca,unca penuh rahsia,tajam tak menikam lawan,melingkar tak memijak kawan...(fikirkan maksud falsafah ukiran tu)
      03 October at 19:25 · · 3 people

    • Tc Liew thank you Mohd Azhar's respond, instead of discussing the surface layer of implementation of Islamic/Eastern in art; why not we, ourselves explore the practicality of it or contemporaries the traditional knowledge. The art of wood curving has been pioneering in Malay archipelago tradition but what is next to make another advance of it and continue practicing the essence, principles and philosophy of it?
      04 October at 00:58 · · 2 people

    • Norazlan Ahmad
      Pada saya karya islam tidak semestinya hanya melukis ikon yang islamik seperti seni khat, atau melukis gambar masjid. Tetapi apa yang penting ialah ‘content’ yang hendak disampaikan tersebut jelas berkaitan kebaikan dan mentauhidkan Allah. Selain itu karya tersebut juga tidak mengandungi subjek-subjek yang tidak sepatutnya ataupun yang subhah. Atas nilai-nilai ini saya yakin ia menjadi penyebab kenapa berlaku modifikasi/pengubahsuaian objek / subjek dalam seni rupa Melayu. 'Tumbuh sepunca, punca penuh rahsia, tajam tak menikam lawan, melingkar tak memijak lawan' ini intipati 'content'nya yang terkandung dalam karya dan pada saya ianya sentiasa 'contemporaries'. selagi maksudnya difahami dan dihayati.

      04 October at 06:02 · · 3 people

    • Shukor Yahya Satu subjek discusi yang baik Cikgu Lan;
      04 October at 08:07 ·

    • Shukor Yahya ‎(English or Malay?) Allow me to write in English please. My work have been underpinned by a philosophy that; "Art must contribute for the betterment and development of humaninty and it have to be important."
      04 October at 08:11 ·

    • Shukor Yahya I also read a phrase in a book entitled Fadzail-E-'Amal which I have been using it as a foundation to the contents in all my work to implement my philosophy, the phrase is: "Everything we see in this world by our naked eyes are condemned by God (no value at all) except for these four categories:-
      04 October at 08:18 · · 1 person

    • Tc Liew whatever, subjects, content, context, theories, and philosophy, many quotes, tons of texts.. and whatsoever catagories?? whatever you like to phase.. simply listen to birds singing, the voices of morning breeze, the peace within you - - whispering by the nature, sifu of the universe.
      04 October at 08:22 ·

    • Shukor Yahya
      ‎1. Zikrullah (remembrance of Allah). 2. Anything which reminds us of Allah. 3. Scholars of deen (ulama'). 3. Students (those who are seeking for knowledge). These have become great reminder to me who have been seeking a right path (direction) in life as an artist. So please correct me if I am wrong, art in any form which does not conform to the above categories is a waste of time, money and effort. Be it from the East or the West, as an artist we must; "Think global and act local." I am sorry if my words does not jive with the way other artists are approaching the artistic endeavor. But I have said my piece of mind to share with you all concerning this subject. Bye for now, FoKS!

      04 October at 09:02 ·

    • Mastura Abdul Rahman yang sebenarnya 'tumbuh berpunca' bukan 'tumbuh sepunca'. Lain maksud kedua-duanya.
      04 October at 10:11 ·

    • Eruan Adnan kita adalah penyampai mesej yang terbaik..hasil karya kita adalah adaptasi daripada masyarakat,budaya n agama.apa yg telah dipelajari selama ini di universiti adalah maklumat yg perlu kita ketahui n terdapat bukti2 kepentingan seni visual di serata dunia.pengetahuan itu perlu untuk diketahui..yg penting kita adlah umat islam n tau batasannya..
      04 October at 10:25 ·

    • Tsabri Ibrahim
      Mungkin cara terbaik adalah kembali semula ke dekad 1970an dan 1980an di mana sebahagian besar 'persoalan' yang dikemukakan Norazlan Ahmad ini telah dibincang dan diperdebatkan secara meluas, bukan saja dalam seni rupa - malah seluruh kesenian dan kebudayaan kita. Perhatikan pameran Rupa & Jiwa (Syed Ahmad Jamal), karya-karya Sulaiman Esa, Zakaria Awang dan lainnya. Dan, agak rugi jugalah kita tidak punya teks sejarah seni Malaysia yang komprehensif, kecuali mungkin yg ditulis oleh Redza Piyadasa & TK Sabapathy. Kemana agaknya yang lain?

      04 October at 10:30 · · 2 people

    • Shukor Yahya
      Dr Suleiman Esa and arwah Redza Piyadasa were my lecturers including the late Joseph Tan too. They taught me the foundation of the Art, Zakaria Awang was my junior while arwah Syed Ahmad Jamal was considered from a different camp the only thing I remember of him is the triangle and he got his Datukship because of that. (LOL). "Mystical Reality" was a joke to me. The 70s and 80s is considered passe. Please read; BSLN (2008), SusurMasa Timelines. Percetakkan Warni Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Never turn back, moving on is the only way to go and progress!

      Wednesday at 12:20 ·

    • Anassuwandi Ahmad
      apa sebenarnya yang hendak dicari "Hala Tuju dalam Berkarya" Lan
      1- Falsafah kesenian barat?
      2- Rendah mutu dari kesenian melayu?
      3- pengaruh seni dari China?
      4-falsafah kesenian dalam pemikiran melayu
      5-motif-motif ukiran kayu, batik, labu sayong
      6- org melayu dulu tak pandai realis tapi pandai tiru dan ubah suai
      7- kesan kajian penulisan Abdullah b Muhammed
      8- pegangan yang kuat dalam Islam
      saya sangat teruja untuk melihat sentuhan islamik dari lan hasil dari perkara-perkara diatas bila dijawab dengan karya....

      Thursday at 01:02 ·

Rabu, 23 Februari 2011

Review Perkembangan Kajian Karya




ini adalah artwork lama saya... saya hasilkannya pada tahun 2006. Pada saya ianya terlalu sarat. Saya cuba timbulkan penegasan dan kontra melalui saiz periuk kera dan dahan yang besar. kepelbagaian saiz periuk kera tetap gagal mewujudkan ruang kedalaman mungkin kerana warnanya yang monokrom. Sewaktu ini kekuatan isi atau 'content' bukan keutamaan. Artwork ini lebih kepada kajian saya tentang ekperiment dan eksplorasi media yang saya namakan sebagai KAYULIAT ini.

http://www.facebook.com/note.php?note_id=69365639393

Pada ketika ini saya mengkaji karya-karya LORENZO GHIBERTI 




http://www.google.com/images?q=lorenzo+ghiberti&hl=en&prmd=ivnsob&source=lnms&tbs=isch%3A1&ei=fhRkTfifJ4LKrAeohditAg&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CAwQ_AUoAQ&biw=1157&bih=707

http://en.wikipedia.org/wiki/Lorenzo_Ghiberti

Kemudian saya tertarik dengan karya arca relief cubist JACQUES LIPCHITZ


Jacques Lipchitz Musical Instruments, Standing Relief 1924

http://en.wikipedia.org/wiki/Jacques_Lipchitz

http://www.tate.org.uk/servlet/ViewWork?cgroupid=999999961&workid=8931&searchid=9401

walaupun saya mengkaji karya mereka namun perbezaan saya ialah saya tetap menggunakan bahan yang saya ekplore iaitu kayuliat 

http://kayuliat.blogspot.com/

Karya-karya terbaru saya kini lebih minimalist dan kajian subject matter serta content karya saya lebih kepada perihal budaya dan tamadun melayu melalui warisan kesenian melayu seperti penulisan manuskrip melayu salatus salatin dan motif-motif seni ukiran, kuih muih, anyaman, ukiran, kelarai dan pelbagai lagi.

         
malah kini saya lebih terpengaruh dengan kajian falsafah kesenian melayu terutamanya melalui penulisan NAKULA (Abdullah bin muhamed )

http://www.facebook.com/note.php?note_id=69365639393

Sekarang saya percaya yang karya seni perlu menjadi pengantara dan pencetus penyampaian mesej antara pengkarya dan audien... oleh itu karya tidak seharusnya hanya menekankan nilai-nilai keindahan semata-mata sebaliknya juga menjadi pencetus idea tentang penyampaian kecintaan dan kesedaran sesuatu nilai hidup yang murni. Dalam konteks karya saya kini ialah penyampaian nilai-nilai kesedaran tentang budaya dan kesenian melayu yang berteraskan islam. 

Oleh itu juga saya menolak yang pengkarya harus terus membisu dan hanya membiar karya bercerita sendiri. Pada saya audien seni perlu dididik untuk bertutur dalam laras seni dan berkongsi apresiasi tersurat dan tersirat 'content' atau isi seni yang terkandung dalam sesuatu karya. Maka untuk itu pengkarya perlu bercakap dan berkongsi

Rabu, 2 Februari 2011

KARYA BINGKISAN NUSANTARA


Karya Bingkisan Nusantara ini dihasilkan dengan membuat kajian motif-motif yang terdapat pada semua benda atau subjek yang aslinya adalah buah fikiran Melayu. 


Subjek motif-motif nusantara ini meliputi wilayah sosiobudaya Semenanjung, Borneo, Indonesia,Patani, Champa dan Sulu.


Karya ini lebih ringan penyampaian mesejnya. Hanya sekadar menyampaikan kepelbagaian motif-motif yang wujud di alam melayu. Kajian tentang motif yang di serlahkan menggunakan bahan kayuliat secara dominan. Media cat minyak dan akrilik juga digunakan. 

Bingkisan Nusantara mesej atau 'content 'nya tidaklah terlalu berat berbanding Jeritan Nusantara. Fokus karya lebih kepada menonjolkan keindahan dan kepelbagaian motif-motif nusantara dalam budaya melayu.



Motif-motif ini kita boleh lihat pada barang kegunaan harian, pakaian, senjata, makanan, senibina, sehinggalah batu-batu bersurat atau batu nisan dan sebagainya.

Entri akan datang adalah berkaitan motif-motif yang terdapat pada kuih muih tradisi Melayu. Insyaallah