Isnin, 29 Disember 2008

satu kajian - klang kio (perbendaharaan permata)

Untuk siri umpama melihat rupa di awan ni saya merancang nak buat kajian tentang kota lama yang wujud lebih 1000 tahun yang lepas.

  • Siri rupadiawan:klang kio ni saya mulakan dengan kajian yang kabur merujuk kepada Sejarah Melayu Karangan Tun Seri Lanang lebih 500 tahun yang lalu.
  • Untuk karya ini saya mulakan dengan pencarian maklumat tentang kota ini. Di Blog ini saya akan cuba upload segala bahan rujukan saya tentang kota ini sebagai kajian saya sebelum saya membuat karya siri rupadiawan: klang kio.
  • Untuk siri pertama ini, saya sedang usahakan siri Rupadiawan:Klang Kio_Pencarian. Sesuai dengan tahap pertama saya dalam usaha mencari isu di sebalik karangan Tun Seri Lanang Tersebut.
  • Tentunya saya tidak membuat karya realist untuk siri ini. Terutamanya apabila kota itu sendiri masih kabur statusnya sama ada wujud atau hanya mitos. namun usaha saya ini hanyalah sebagai usaha membuka mata masyarakat tentang kota ini yang perlu dikaji sedalamnya kerana ia ada kaitan dengan sejarah jati diri Melayu dan negara kita yang tercinta ini.
  • semoga kajian dan karya saya ni membawa manfaat yang baik. Insyaallah

2 ulasan:

arkrab berkata...

SYABAS! Azlan, saya akan terus mengikuti perkembangan ini. Teruskan.

NORAZLAN AHMAD berkata...

Terima kasih bang arkrab. Saya akan cuba menghasilkan yang terbaik. Insyaallah